Portsmouth adalah salah sebuah bandar di daerah Hampshire di England. Sebuah pengkalan kapal yang agak penting untuk berkurun lamanya cuma sejak akhir-akhir ini fungsinya agak berkurangan. Aku berpeluang untuk bercuti disini dan pi ronda tempat-tempat bersejarah dia.
Hover Travel - perkhidmatan hovercraft untuk pergi ke Isle of Wight.
H.M.S. Warrior (1860)
Sebuah kapal dari zaman Queen Victoria yang menggunakan kuasa stim dan juga layar untuk bergerak. Ia adalah yang terpantas dan tercanggih pada zamannya. Masa aku masuk kapal ini (yang masih menjalani proses baik-pulih) pelbagai peralatan perang seperti meriam, senapang , pistol dan bahan letupan dipamirkan, dan semuanya diletakkan di tempat asal seperti pada kurun ke 19. Dari bilik makan, ke bilik enjin dan sampai le ke bilik air, semua aku tengok...
HMS Submarines
Kat sini pula aku dapat masuk ke dalam kapal selam. Kapal ni telah ditamatkan perkhidmatannya dan sekarang menjadi tarikan kepada para pengunjung macam aku ni. Setelah berada di dalam kapal ni, baru aku tahu betapa sempitnya keadaan dalam kapal ni, bayangkanlah kalau kena duduk dalam ni berhari-hari...
Mary RoseTertulis pada mug: "On a calm summer day in 1545, a French invasion fleet lay at anchor off Portsmouth, poised to attack England. On that day, Henry VIII's favourite ship Mary Rose sailed into her final battle. As the King watched from the shore, she heeled over and sank, taking with her seven hundred men. The Mary Rose was lost for more than four centuries..."
Boathouse No.7
Sebuah kedai makan kat Portsmouth
H.M.S Victory
Sebuah kapal perang yang diterajui oleh Lord Nelson. Terlibat dalam perang famous. "The Battle of Trafalgar" pada tahun 1805.
*
Isle of Wight
Sebuah pulau berdekatan Portsmouth.
*
Charles Dickens Birthplace
Rumah kelahiran penulis ternama era Viktoria, Charles Dickens. Antara karya beliau adalah David Copperfield, A Tale of Two Cities, The Adventurs of Oliver Twist, Great Expectations dan A Christmas Carol.
No comments:
Post a Comment