Diana Spencer, Princess of Wales, atau Lady Di seperti yang kita kenali dilahirkan pada 1 Julai 1961. Dari kehidupan yang biasa, beliau telah berkahwin dengan Prince Charles, pewaris takhta kerajaan England pada tahun 1981. Upacara perkahwinannya yang dianggap seperti "fairytale wedding" telah ditayangkan secara langsung hampir ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Aku masih ingat lagi time tu makcik, pakcik dan sedara-mara semua pakat nak tengok wedding coverage ni, termasuklah aku ni yang tak tahu apa. Sejak perkahwinan itu, Ladi Di sentiasa berada di mata dunia, tak terlepas dari papparazzi yang sentiasa mengekori beliau samada untuk berita sensasi mahu pun sekadar mengambil foto beliau. Walau bagaimana pun, pada tarikh keramat 31 Ogos 1997, sewaktu negara kita Malaysia sedang meraikan Hari Kemerdekaan ke-40, Britain dikejutkan dengan berita kematian Princess kesayangannya. Berikut adalah akhbar berita pemergian Lady Di yang aku simpan...
(akhbar menurut susunan kronologi)
No comments:
Post a Comment