Bulan Mei yang lepas aku ada pergi Istana Budaya tengok Black Dog Bone main, memang best. Jay Jay dan Rahim Othman pun ada sekali. Show dimulakan dengan Jay Jay menyanyikan lagu-lagu hits dia sambil bermain gitar. Lepas tu Rahim Othman pula join dia dengan flutenya, siap main lagu Mission Impossible lagi. Oleh kerana konsert ini diantara lain diadakan sempena menyambut Hari Ibu, Jay Jay pun mengajak Jatt turut serta menyanyikan lagu Untukmu Ibu (nyanyian asal kumpulan Exist). So nyanyi la diorang bertiga atas stage tu.
Setelah settle Jay Jay dan Rahim Othman, akhirnya tibalah giliran Black Dog Bone untuk perform. Macam-macam lagu yang diorang persembahkan, Dulu dan Sekarang, Geram, Khayalan, Releks, sampaikan lagu raya pun ada, hahaha. Showmanship diorang tak payah cerita la, memang class punya dan interaksi Jatt dengan penonton memang best dan kelakar. Sememangnya ini adalah pertama kali aku tengok BDB live dan memang aku puas hati. Ini pun diorang ni dah 20 tahun lebih tak buat konsert, sesetengah lirik tu pun ada yang dah terlupa (kata Jatt), bayangkanlah kalau dapat tengok diorang perform semasa time “prime” diorang, pasti girikkk…
Jay Jay
Michael, Jatt, James dan Rahim Othman
S. Atan (berdiri belakang James)
Selesai konsert malam terakhir...
Jay Jay, sentiasa tersenyum...
minta Jatt sain,
senang cerita minta semua orang sainlah....
terima kasih semua
Yang bawah ni special sikit. Ia di sain oleh Abang Tom yang menjadi drummer malam tu, menggantikan Jatt bila dia nak menyanyi. Abang Tom adalah bekas drummer kumpulan Revolvers yang sudah dibubarkan (famous dengan lagu Namun Ku Punya Hati). Dalam gambar dibawah ni dia adalah brader macho bersweater putih yang ada gambar hijau. Yeaahhhh.
No comments:
Post a Comment