Hard Rock Cafe dah agak lama dibuka kat Malaysia ni. Kalau nak ikut kan, Hard Rock Cafe yang pertama (setahu aku...) telah dibuka di Taman Tun Dr. Ismail KL. Haaaa, terkejut...? Tak percaya...? Nanti aku akan postkan buktinya. Buat masa ni kita layan dulu kisah ni. Pada tahun 1980an dulu, sebuah establishment telah dibuka di TTDI dan dinamakan Hard Rock Cafe cuma ia bukanlah sebahagian dari rangkaian HRC yang kita kenali seperti yang dibawah ni. Logo pun lain, cuma nama saja sama. Kat situ ada live band dok main, biasanya band rockers la. Dan yang aku ingat diantara band-band rockers tu adalah kumpulan Search. Yeahhhh, masih muda dan masih ganaszzz. Namun oleh kerana masa tu aku masih dikategorikan sebagai "bawah-umur" jadi kena lepak kat luar je la sambil layan lagu rock secara live... Akhirnya pada tahun 1991 barulah Hard Rock Cafe (yang ori) dibuka di Jln Sultan Ismail, KL.
Sekarang ni pula , kita dikejutkan dengan kemunculan satu lagi Hard Rock iaitu Hard Rock Hotel. Mula beroperasi sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, ia terletak di Batu Ferringhi Pulau Pinang. Dengan kolam renang terbesar di P.Pinang (3x saiz kolam renang olimpik) dan bermacam-macam "rock memorabilia" (dari motley crue ke chuck berry ke beatles dsb.), sememangnya la menarik landing kat sini. Aku sempat bercuti di sana dengan adik-beradik aku dan ini sedikit foto aku nak share. (lari sat dari bab dah masuk kotak noooo...)

Sampai pun dah lewat...
masih lagi mood Rayalama juga aku duduk bawah lampu logo HRH ni sebab tunggu dia tukar colour
patung Michael Jackson kat depan Hard Rock Cafe
M.J. di siang hari
(replika gitar Chuck Berry)
No comments:
Post a Comment