Thursday, December 10, 2009

Harlem Globetrotters datang lagi

Harlem Globetrotters adalah sebuah pasukan bolakeranjang dari Amerika Syarikat yang sangat tera. Teknik "dribbling" dan pengawalan bola yag sangat kemas dan kadang-kadang tak masuk akal sememangnya membuat persembahan mereka "not to be missed". Atas alasan itu juga, dalam dua kali diorang ni datang ke Malaysia, pada tahun 70an dan pada bulan Mei tahun ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan permainan mereka.
*
Ok, pada pagi 20 Mei 2009, aku telah bergegas ke Menara TM kerana mendapat berita yang pasukan Harlem Globetrotters (HG) akan mengadakan sesi bertemu peminat. Setelah makan dan minum yang secukupnya, aku pun ke sana berbekalkan kamera kenit ku dan folder berisi trading cards HG. Haaaa, inilah motif utama aku hari tu. Aku ada satu set kad-kad gambar HG dan aku nak minta diorang sain la. Aku juga ada bawa poskad gambar pasukan HG yang datang ke Malaysia tahun 70an dulu.
*
Pukul 10:00 pagi di ruang legar Menara TM
Para pemain belum keluar lagi tapi yang dalam gambar tu (berseluar pendek merah dan lebih tinggi daripada kebanyakan rakyat Malaysia) ialah jurulatih diorang. Mai aku cerita sikit pasal dia ni. Nama dia ialah "Sweet Lou" Dunbar. Masa muda dulu, dialah diantara pemain HG yang pernah datang bermain di Stadium Negara. Sekarang kerja dia melatih geng-geng HG yang baru. Dia juga adalah pemain yang ke 25 dianugerahkan taraf Legend dalam HG, kira macam HG heroes juga la dia ni.

Dan ini dia, pemain HG. Semuanya tinggi-tinggi belaka dan yang sorang kat hujung tu lagi extra tingginya (dia adalah pemain yang baru setahun lebih join HG).



Maka bermulalah sesi autograf. Jika diperhatikan, dua pemain yang duduk di kiri dan kanan pemain yang sedang tersenyum memandang kamera tu adalah pemain HG yang sekarang sedang bergelut dalam rancangan Amazing Race yang sedang ditayangkan di astro.



Ni lah dia jurulatih yang aku sebutkan tadi, "Sweet Lou" Dunbar. Pusing-pusing bola atas jari dah macam makanan ruji diorang. Tada hal punya...



Ketinggian yang tak terkata...


Bersungguh-sungguh betul dia tengok koleksi kad HG aku. Setiap satu dibeleknya dan bila dah habis tengok dia tanya aku samada aku nak jual kat dia tak. "hahaha, hang buat lawak ka...".



Ni pula ialah Handles Franklin (#14), dia pun sangat asyik melayan koleksi kad aku. Tak sangka kot kat Malaysia yang jauh dari tempat diorang ni pun ada peminat HG. Geng dia semua dah nak balik dia masih dok baca kad-kad ni.



Koleksi kad HG aku yang telah berjaya membuat queue untuk dapat autograf jam sekejap.



Pada tahun 70an dulu, tv Malaysia ada menayangkan rancangan kartun The Harlem Globetrotters. Ia mengisahkan pasukan HG ni yang boleh bertukar menjadi super-hero dan membantu orang dalam kesusahan. Dalam koleksi kad aku ada sekeping kad yang menceritakan hal ini dan salah satu karakter kartun tu ialah jurulatih HG yang aku sebutkan tadi. Aku pun tunjuk la kad ni kat dia, seronok betul dia, "Hey, that's me, that's me....". Karakter berambut afro yang bagak tu dia la, hehe.



Ni pun dia juga






Kad pasukan HG yang datang ke Malaysia tahun 70an dulu. Agak terkezut juga "Sweet Lou" Dunbar bila aku tunjuk dia gambar ni. "Wahhh, kad ni pun hang ada ka..." (dalam nada alih suara cerita Oshin), hehe.




...dan ini pula, pasukan 2009





No comments: