Thursday, April 5, 2012

100 Tahun Nestlé Di Sisimu...geng Milo datang bhg1

Pada hari Ahad yang lepas, sekali lagi aku telah berkunjung ke Muzium Negara. Pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu masih lagi berlangsung cuma kali ini diadakan juga aktiviti oleh geng Milo...


Waktu aku sampai nampaknya time rehat. Jadi tak ramai le pengunjung dan lori-lori sampling semuanya tutup.


Notis disclaimer.
Berani buat, berani tanggung.....


Ok, apa-apa hal kena register dengan brader-brader Milo ni dulu.


Bila dah register, bagi yang ingin mengambil bahagian dalam aktiviti atau permainan yang disediakan, peserta akan diberikan borang seperti di bawah ini.


Bagi setiap aktiviti/permainan yang disempurnakan, borang akan di chop ke dalam salah satu petak putih dan apabila cukup sekurang-kurangnya tiga chop, dapatlah hadiahnya.


Permainan yang pertama adalah dribble bola keliling  skittle Milo. Errr, bukan acara fencing seperti yang brader kat background tu ya...


Tak banyak skittle-nya, ada enam saja. Tapi bila buat, macam berbelas-belas rasanya...


...boleh minta sebiji buat souvenir?


Permainan seterusnya, ada meja fussball dan juga video game.


Bagi yang reti bermain, bolehlah beraksi secara bersendiri tetapi bagi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang tingginya pun sikit lebihkurang sama saja dengan meja fussball tu, brader-brader Milo sedia membantu. Bagus brader-brader nih...



Wah, siap guna buku nota Milo buat alas kaki meja untuk bagi seimbang...


Habis pekena fussball, bolehlah mencuba nasib dengan permainan video tennis. Boleh pilih, nak lawan dengan kawan atau dengan brader Milo.



Bila siap sahaja bermain setiap aktiviti, peserta bolehlah dapatkan chop pada borang aktiviti Milo.


Dan apabila genap tiga chop diperolehi, maka dapatlah salah satu set daripada souvenir di bawah tu. Tapi bagi yang senior macam aku ni, tak payah le ambil bahagian dalam permainan untuk dapatkan souvenir. Masa register mula-mula tadi brader-brader Milo dah bagi dah satu set.....hehehe.


Selain daripada aktiviti sukan Milo, ada juga geng clown yang memberikan balloon sculpture secara percuma.


Pilih saja design apa yang anda mahu...


Tak tahu pula apa nak dipanggil permainan bawah ni...


...tapi para pengunjung diberikan peluang untuk mencubanya. Nampak je senang, tapi agak susah juga. Si clown tu siap cabar, kepada sesiapa yang dapat buat macam yang dia buat tu, bolehlah membawa balik segala isi kandung muzium..... hahaha, biar betul.


Lepas layan clown, boleh la pula meneruskan dengan aktiviti face-painting. Ada yang minta di lukis Tintin, ada yang minta Angry Birds, Disney Princess dan macam-macam lagi. Lukis kat lengan pun boleh, ala-ala tattoo...




No comments: