Friday, April 20, 2012

pergi lagi.....

Pada Sabtu dan Ahad yang lepas, sekali lagi aku ke Muzium Negara meronda pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu buat kali ke .....hmmm berapa ya? Mungkin ada yang tertanya-tanya apasalla aku dok pergi ke pameran ni berulang kali. Takpa, kat bawah nanti akan aku jelaskan...


Ok, time aku pergi kali ini aktiviti yang dijalankan adalah daripada geng KitKat, Milo Nuggets, Nestlé Wafer, Mat Kool dan Nestlé Bliss. Dan yang pertama sekali kati pintu masuk adalah The Giant Break Game oleh KitKat.



Ni dia permainannya...



Tak pasti pula akan cara nak bermain, tapi apa yang pasti pemenang akan mendapat pelbagai hadiah berupa barangan KitKat seperti beg, frame gambar, tin Kitkat dan macam-macam lagi.



Bagi yang ingin berposing seperti champion sukan angkat berat, bolehlah bergambar di sini...



Yang ini pula, anda bolehlah cuba menendang bola ke dalam lubang-lubang yang tersedia. Hadiahnya pula adalah seperti yang tertera di sebelah lubang.



Ini bab Nestlé Wafer pula. Jika dilihat pada Cik amoi yang berdiri tu ada dua tiang dan palang. Kat situlah diadakan permainan ala Limbo Dance. Cuma lain sikit daripada biasa di mana pada palangnya digantung cokelat Nestlé Wafer dan peserta perlu (cuba) habis memakannya tanpa memegang dengan tangan.




Maskot Nestlé Wafer dengan kawannya...



Mula-mula jenuh juga aku dok pikir, apakebendenya benda bulat pink kat mulut si jerung kuning tu. Bila tengok balik kat gambaq maskot baru aku tau ....oooohhh, lidah dia rupanya.



Ahaaa...dah sampai kat tempat Mat Kool.



Kat sini ada sang badut sedang mepersembahkan magic show kepada adik-adik...



Eh, apa pulak ni? Takkan ada pameran peti ais kosong kot? Ahaaa...sebenarnya kosong ada makna nih. Kedua-dua peti ais ni baru saja dikosongkan oleh para pengunjung. Habih semua Nestlé Bliss depa bagi kat pengunjung yang datang dan la ni dok tunggu stok baru nak isi semula....



Dan ini, seperti mingu-minggu yang lepas, geng face-painting mesti ada bagi menghiburkan anak-anak.


Dan seperti biasa juga, ada acara yang boleh disertai para pengunjung. Kalau hari tu ada kuiz, kali ini ada acara menyusun Nestlé Bliss Cup.



Oleh kerana waktu tu angin bertiup ala-ala kencang, maka sang badut pun tampil menghulur bantuan, menahan angin dengan skirt saktinya agar menara cup yang dibina tidak tumbang dihembus angin ...hehehe.



Boleh tahan brader nih...



In pula roda impian Mat Kool cuma hadiah yang ditawarkan hanya dua pilihan sahaja iatu pensil Mat Kool dan aiskrim barunya iaitu Mat Kool Spiro.



Adik kecil ni sebenarnya berjaya mendapat pensil, tapi biasalah takkanlah dia nak pensil kan, dah tentu-tentu aiskrim yang menjadi idaman. Oleh kerana Cik amoi ini terpaksa mengikut arahan dan hanya dapat memberi anak kecil tu pensil, maka aku pun tukarlah dengan anak kecil tu, aku ambil pensil dia dan aiskrim aku pi kat dia. Ahaaa, ini baru win-win situation ya tak....





Seterusnya, sewaktu berlegar-legar di tapak karnival, kita akan berpeluang bertemu dengan Cik Amoi-Cik Amoi yang akan menghulurkan pelbagai sampel percuma untuk di cuba...


Cik Amoi Milo
dengan Milo Nuggets



Cik Amoi Nestlé Wafer
yang sporting dan memandang direct  ke kamera 



Cik Amoi KitKat
yang pemalu dan bergerak-gerak sampai blur gambaq aku nih...hahaha



Ini dia van Nestlé Wafer, kenyanglah siapa dapat masuk duduk dalam van nih...



Dan seperti biasa, kehadiran lori Maggi, 



lori Nesvita,



dan lori Milo memeriahkan lagi suasana karnival. Sampaikan orang putih pun mai nak balun Milo free...



Seperti yang dijanjikan pada permulaan post hari ini, ni dia sebab kenapa aku dok berulang kali pi ke pameran Nestlé. Hehehe...nak kumpul gelang 100 Tahun Nestlé Di Sisimu sebenarnya. Setiap Sabtu dan Ahad, dengan membeli tiket pameran depa akan bagi la sebiji gelang ni dengan warna berlainan yang telah ditetapkan pada hari-hari tertentu. Yang Apple Green tu aku dapat pada hari Ahad dan yang Pink pula pada hari Sabtu.




Maka dengan kunjungan kali ni completelah koleksi gelang 100 Tahun Nestlé Di Sisimu aku yang merangkumi tujuh warna semuanya...


4 comments:

nikths said...

bro, baju amoi merah,kuning dan hijau tu tak minta sekali ke buat koleksi.Lawa juga tu.

Koleksi Aku Punyer!!! said...

seronok jugak klu dapat pergi ni....tp apakn daya masa tidak mengizinkan..apa2 hal pon, tahniah kepada bro kerana berjaya "mengkompletekan" koleksi gelang getah tuh...

fairus said...

serius saya mahu pergi, tapi masih belum berkesempatan.. minggu lepas sabtu ahad kerja.. minggu ni sama juga.. macam2 program sekarang ni.. aduhai..

Spallan said...

nikths...kalaulah boleh dapat...hmmm

Koleksi Aku Punyer!!!...tq bro. masih sempat lagi bro, last day bulan mei nanti

fairus...takpa bro ada tiga minggu lagi lepas ni. minggu terakhir giliran nescafe...