Seperti yang dikhabarkan, waktu aku sampai di Muzium, time lunch agaknya jadi semua lori-lori sampling ditutup sementara untuk berehat.
Tapi, sebaik sahaja dibuka...
dengan senapas..
ada queue yang panjang kat lori Milo.
Dan inilah brader lori Milo yang sentiasa memberikan senyuman dan ayaq Milo yang sejuk lagi menyegarkan.
Saksikanlah Tuan-tuan dan Puan-puan, ayaq Milo yang terus-menerus dan tak putus-putus mengalir dari tong ajaib Milo tu. Sesiapa saja boleh datang minum, satu round, dua round, lima round? Takda hal, boleh tambah sesuka hati. Jangan bawa botol air suruh isi sudah.....hehehe
Disamping Milo, Maggi pun ada juga dan sample yang diberi bukannya macam kat pasaraya yang biasa dicuba tu. Yang ini, meenya al-dente dan supnya pula complete dengan sayur-sayuran rangup dan fishball yang gebu. Perghhh...
Tak cukup dengan itu, cereal pun ada kalau hendak dicuba....
Ok, sambil makan dan minum tu, bolehlah kita saksikan time-line sejarah produk Nestlé yang ada. Tahun bilakah Milo mula diperkenalkan, bila Maggi mula keluar dan sebagainya ada tercatat di situ.
Ini pula adalah graffiti dalam bahasa Peranchis. Mungkin dari pameran terdahulu.
Nak ku baca, tak ku faham tapi yang menarik minat aku adalah gambar lukisan karakter Tintin nih...
Inilah dia pintu masuk ke pameran 100 Tahun Nestlé Di Sisimu.
Oleh kerana kunjungan kali ini adalah bersama adik-beradik aku dan famili, maka aku pun ikut sa-round lagi menyaksikan pameran ini. Tiket yang di bawah ini adalah untuk dewasa berharga dua ringgit dan bagi kanak-kanak tiketnya seringgit sahaja.
Dan bangle di bawah ini diberikan kepada pengunjung untuk dipakai sewaktu melawat ruang pameran. Eh....ada warna ni pula. Sebelum ini aku ada warna merah, biru dan hijau yang aku dapat sewaktu berkunjung ke Karnival 100 Tahun Nestlé Di Sisimu....
Maka aku pun bertanyalah kepada Cik Adik Kaunter, warna apa lagi yang ada dan aku diberitahu, "macam-macam warna ada encik, tapi untuk hari ini warna ini saja, semalam warna lain, warna hijau...". Aku pun ajukan satu soalan lagi, "warna apa lagi yang akan keluar ni...?". Jawab Cik Adik Kaunter, "bangle ni bagi hujung minggu saja, kalau encik nak tahu, ini senarainya". Bila dia bagi saja senarai tu kat aku, terus aku ambil gambaq dan inilah dia senarai bangle yang (sudah dan) bakal dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan...
Selesai melawat pameran, rupanya geng clown dah mula buat balloon sculpture yang lebih menarik daripada yang mula-mula tadi. Mungkin kerana bilangan pengunjung yang mula meningkat, dia pun mula buka skill-nya...
Adik ni amat gembira dapat gubahan belon berbentuk motosikal.
Dan ini pula yang dibuat seperti bentuk payung.
Lebihkurang pukul empat petang, bermula acara kuiz di mana para pengunjung berpeluang menjawab soalan trivia Nestlé dan memenangi souvenir Milo.
Brader baju hitam akan membaca soalan, dan sesiapa yang tahu jawapannya boleh terus naik ke pentas dan berikan jawapan. Konsepnya, siapa cepat, dia dapat. Tapi jawapan kena betulla... Oh ya, hadiah kesemuanya ada dalam beg Milo tu dan akan diberikan oleh brader clown tu.
Menarik juga beg tu ya...
Adik ni memang tera. Soalan yang diajukan adalah, "pada tahun bilakah Milo mula diperkenalkan?. Ada yang menjawab 1912 dan jawapannya tidak tepat. Adik ni pula, agaknya teringat yang jawapannya ada pada time-line produk Nestlé, terus berlari ke tempat time-line itu tadi dipamirkan, baca jawapannya dan kemudian berlari naik ke pentas dan berikan jawapan yang betul. Syabas kepada adik ini, yang juga merupakan anak buah aku, yang juga suka kumpul macam-macam. Bak kata Vader...."the force is strong with this one".
Mug milo ini pula adik aku bagi sebab dia dapat jawab satu soalan dengan betul.
Selesai sahaja sessi kuiz itu, memandangkan hari dah petang dan geng Milo pun dah bersiap nak balik (aktiviti tamat pukul lima) maka aku dan famili sekelian pun mengorak langkah untuk pulang. Eh.....minggu depan ada apa pula ya.....
3 comments:
Nice Sharing....
Apa rasa Milo dari van tu? Rasa macam Milo Sejuk atau Milo Refill.
syabas bro! syoknya kalau dapat beg dan paper cup tu :)
shootbirdhero...rasanya macam yang refill, tapi yang pastinya memang sedap...
iaryylr...memang syok bro, pasal tak pernah nampak lagi beg Milo design macam tu. nak dapat kat mana pun tak tahu. mungkin di office Nestle ada banyak kot..... ahaaaa ;-)
Post a Comment