Friday, November 13, 2009

Tiket Keretapi Mel



Bila dekat time cuti penggal sekolah dulu, ni la tiket yang ditunggu-tunggu. Sekolah akan bagi tiket keretapi mel kelas tiga ni free saja untuk budak-budak balik kampung. Tapi jangan ingat keretapi ni laju macam yang ekspress punya, ni jenis yang dipandu slow. Semua stesyen dia berhenti sebab nak hantar surat berguni-guni dan barang-barang yang dibawa.
*
Pengalaman naik keretapi mel ni memang macam-macam. Jika diperhatikan pada tiket tu, takde pun ditulis nombor tempat duduk. Jadi, sendri mau ingat la, free-seating... Tapi free-seating ni telah di-extend maksudnya sehingga kat mana-mana pun boleh duduk. Disamping duduk atas kerusi (the lucky ones), ada yang duduk kat tengah2 coach (tempat orang nak lalu), ada yang duduk kat tempat simpan beg, dan yang paling best, duduk kat pintu. Salah satu cara kalau nak dapat seat pula, kenalah pi coach kantin. Mana-mana pakcik/makcik yang bangun saja, dengan cargas la kita sapu tempat dia. Order air satu dan duduk le setakat mampu (kalau dah perasan orang dok usha kita sebab duduk lama sangat, baru le bangun...).
*
Coach keretapi mel ni pun ada cerita juga. Sekali tu, masa aku tengah berjalan dari satu coach ke satu coach sebab nak cari tempat duduk, tiba-tiba pintu coach yang satu ni agak jammed, tak boleh buka. Jadi aku apply le power sikit untuk buka pintu, tau-tau pintu tertanggal. Aduuhhhhh, aku ingat matilah aku kena ganti pintu KTM ni.... Nasib baik masa tu malam dan tukang check tiket takda kat situ. Aku dengan member aku pun cabut pintu tu, sandar kat dalam coach dan belah....

No comments: